Friday 20 January 2017




DUA2012

TAJUK
FAKTA SAINTIFIK DALAM AL-QURAN BERKAITAN BUMI DAN MATAHARI

NAMA PENSYARAH
PUAN NORAINI BINTI NAWAWI

NAMA AHLI KUMPULAN

 1) AWISS ALQURNI BIN ALIAS 02DEP16F1005
 2) MUHAMAD LUQMAN HAKIM BIN MD LASIM 02DTK16F1083
 3) AHMAD AMIRUL HAFIZI BIN AHMAD TARMIZA 02DTK16F1110
 4) MOHAMMAD HAFIZUL BIN JELANI 02DTK16F1063
 5) MUHAMAD ARASHIDDIQ BIN RAZALI 02DEP16F1027


SESI DISEMBER 2016





ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK
1.0 PENDAHULUAN
2.0 ISI
3.0 KESIMPULAN
4.0 LAMPIRAN
5.0 RUJUKAN





1.0 PENDAHULUAN

Allah telah menciptakan alam semesta dengan luar biasa. Al-Qur’an merupakan dasar pertama dan utama yang berisi informasi dan petunjuk yang mengarahkan manusia ke pemahaman yang benar termasuk di dalamnya pemahaman tentang pergerakan Matahari dan bumi, dan juga matahari menjadi sumber acuan iklim, pergantian tahun, dan sebagainya.

Peredaran planet bumi dalam orbitnya mengelilingi matahari menunjukan bahawa alam ini dan seluruh isinya bergerak dalam paksinya mengikut yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Menurut fakta sains, planet Bumi ini berpusing atas paksinya satu pusingan dalam masa 24 jam dan dalam pada masa yang sama, planet bumi bergerak menurut orbit berpusing mengelilingi matahari.

Tiap-tiap satu pusingan orbitnya, Bumi mengambil masa lebih kurang 365 hari dan 6 jam dan bergerak sejauh 585 juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5 batu sesaat atau 66,600 batu sejam. Ia merupakan 30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan pergerakan peluru.

 Kejadian matahari juga terbukti di dalam al-quran bahawa matahari adalah sebuah bintang yang jaraknya dengan bumi lebih kurang 148.8 juta kilometer dengan diameternya 1.4 juta kilometer. Matahari juga adalah sebuah bintang yang sederhana dan mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba dan cahaya. Penghasilan tenaga ini disebabkan berlakunya perlanggaran nucleus hydrogen antara satu sama lain.

Proses ini menyebabkan lahirnya beberapa lapisan matahari iaitu koroma,kromosfera dan  fotosfera. Koroma merupakan lapisan matahari yang paling luar mengandungi gas panas suhunya dianggarkan 22 juta darjah celcius. Lapisan kromosfera pula terletak di bawah koroma. Pada bahagian ini berlaku letupan gas panas yang memancutkan hydrogen panas sehingga 10,000km. Manakala, fotosfera mempunyai suhu purata sehingga 6000 darjah.

Matahari berputar pada paksinya mengambil masa kira-kira 25 hari untuk melengkapi satu pusingan. Pergerakan kedua ialah beredar mengelilingi galaksi selaju 786,000 kilometer sejam dengan mengambil masa 225 juta tahun untuk satu revolusi. Matahari juga merupakan satu jisim haba dan cahaya seperti mana yang digambarkan dalam Surah Yunus ayat 5 yang bermaksud :
“Dialah yang menjadikan matahari bersinar (nur),bulan bercahaya (Dhiya’) dan menerbitkan orbit (manzilah).
                                                                   -Surah Yunus, ayat 5







2.0 ISI

A) Pengertian Matahari

Matahari dalam Bahasa Arab adalah  الشمس
Bentuk dari matahari itu sendiri bulat dan terdiri dari plasma panas bercampurmedan magnet
Diameternya sekitar 1.392.684 km, kira-kira 109 kali diameter Bumi, dan massanya (sekitar 2×1030 kilogram, 330.000 kali masa Bumi)
Ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan penjelasan diatas iaitu:

1.   Surat al-Furqān ayat 61.
تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُّنِيرًا [٢٥:٦١][3]
Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya.

2.   Surat ash-Shams ayat 1-2.
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا [١] وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا [٢][4]
Demi matahari dan cahayanya di pagi hari. dan bulan apabila mengiringinya



B) Ayat al-Qur’an Tentang Matahari Dan Penjelasanya

 Peredaran Matahari dan Bumi
 Dalam teori peredaran ini banya pendapat yang mengatakan bahwa bumi itu mengelilingi matahari dan ada banyak juga yang berpendapat bahwa mataharilah yang mengelilingi bumi. Dalam pembahasan tersebut kami mengambil ayat al-Qur’an yang mengatakan bahwa mataharilah yang mengitari bumi. Dalam  surat yāsin ayat 38:

 وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ [٣٦:٣٨]
 dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

Penjelasan
Dalam ayat diatas menunjukkan bahwa mataharilah yang mengelilingi bumi. Dalam tafsir, ayat diatas ditafsirkan bahwa matahari berjalan sambil berputar pada sumbunya, sedang bumi berada berada di depannya dan juga berjalan sambil berputar pada sumbunya, dan beredar mengelilingi matahari. Pendapat ini berasal dari ilmu falak.

Kata تَجْرِي merupakan fi’il muḍāri’, yang artinya pergi, berjalan, beredar, atau mengalir. Karena disini subjeknya adalah matahari, maka maknanya yang tepat adalah beredar, dalam arti bahwa matahari itu beredar menuju tempat pemberhatiannya. Matahari yang merupakan sebuah bintang yang besar yang bertetangga dengan planet bumi tidaklah berdiam saja di suatu tempat melainkan bergerak dan beredar pada garis edarnya.

Tempat peredaran matahari, dibawah ‘Arsh dekat kearah bumi dari sisi tersebut. Dimanapun berada matahari dan seluruh mahluk berada dibawah ‘Arsh. Terjadi penambahan yaitu tempat berdiamnya matahari. dari penjelasan di atas.


C) Dalam al-Quran, Allah hanya memberikan keterangan global dan tidak terperinci. Hanya dengan mengetahui secara global, tanpa menggali yang lebih terperinci, itu sudah cukup bagi seorang muslim.

Allah tegaskan dalam al-Quran,

مَا أَشْهَدْتُهُمْ خَلْقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلا خَلْقَ أَنْفُسِهِمْ

Aku tidak menghadirkan mereka untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak (pula) penciptaan diri mereka sendiri (QS. al-Kahfi: 51)


Dalam Fatawa Syabakah Islamiyah dinyatakan,

فأما الأيام الستة التي خلق الله فيها السموات والأرض فهي غيب لم يشهده أحد من البشر، ولا من خلق الله جميعاً


Rentang 6 hari yang Allah jadikan waktu penciptaan langit dan bumi, sifatnya ghaib. Tidak ada satupun manusia yang menyaksikannya, tidak pula makhluk Allah semuanya. (Fatawa Syabakah Islamiyah, no. 190003)



D) Sebenarnya kestabilan matahari, seperti bintang-bintang yang lain, bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya. Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari. Selepas berbilion tahun berlalu, proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam matahari menguncup dengan menghasilkan suhu yang tinggi. Selepas masa berlalu, suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya. Keadaan ini selari dengan tafsiran Imam Nasafi berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran yang disebutkan. Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas yang berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahagian dalamnya. Maka lahirlah planetary nebula. Dengan itu, tamatlah riwayat hidup matahari.




E) Penemuan semasa mengesahkan matahari, di samping bergerak di atas paksinya yang mengambil masa 25 hari bagi melengkapkan satu putaran, ia juga bergerak mengelilingi galaksinya yang bernama Bimasakti. Para saintis mengesahkan matahari bergerak mengelilingi bahagian tengah atau dikenali sebagai nucleus. Galaksi ini bergerak dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Ini bermakna ia mengambil masa lebih kurang 225 juta bagi melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian nukleus galaksi ini. Selain itu, dalam surah yasin, ayat 38 ini mensyariatkan objek-objek di langit (termasuk bumi) di samping berputar di atas paksinya, ia juga beredar mengelilingi pusat (nukleus) galaksinya mengikut ketetapan Allah s.w.t seperti yang berlaku kepada matahri. Ini sudah memadai bagi merangsang umat Islam supaya terus mengkaji rahsia kejadian alam termasuk yang berkaitan dengan putaran dan peredaran objek-objek di langit.



F) Jangka Hayat Matahari

Matahari adalah sebuah bintang. Proses nuklear yang berlaku dalam matahari melahirkan cahaya matahari. Cahaya ini diibaratkan seperti nadi kehidupan bagi bumi kerana hampir semua jenis kehidupan di bumi ini memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses fotosintesis. Walaubagaimanapun matahari mempunyai jangka hayatnya. Seorang fisikawan Jerman, Hermann von Helmholtz, pada tahun 1825 mengamati perkembangan matahari yang ternyata diameter matahari setiap tahunnya menyusut 85 m. Kalau pengamatan Helmholtz benar, maka berdasarkan perhitungan penyusutan diameter matahari, umur matahari hanya akan bertahan untuk waktu 20.000.000 sampai dengan 25.000.000 tahun sejak matahari mengalami penyusutan. Untuk kurun waktu itu, teori Helmholtz ini cukup memuaskan para ilmuwan, sebelum akhirnya digugurkan oleh teori reaksi thermonuklir yang masih bertahan sampai saat ini.Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 bilion tahun. Selepas itu ia akan terkubur. 

Allah telah menyatakannya di dalam surah at-Taqwir ayat 1,
إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Maksudnya: "Dan matahari semasa ia digulungkan."





3.0 KESIMPULAN


Matahari ialah sebutir sebutir bebola gas yang memancarkan cahaya dan haba sama seperti bintang-bintang lain yang kita lihat pada waktu malam.Namun begitu,disebabkan matahari berada lebih hampir kepada bumi berbanding dengan bintang-bintang lain,maka hanya matahari bintang yang dapat kita lihat pada waktu siang. Kejadian siang dan malam adalah disebabkan bumi yang berputar pada paksinya yang dipanggil paksi bumi.Apabila bumi berputar,sebahagian daripadanya terdedah kepada cahaya matahari sepanjang masa dan sebahagian lain terlindung daripada matahari menyebabkannya menjadi gelap. Di setengah-setengah tempat yang mengalami empat musim,kita dapati waktu siang bagi musim sejuk dan panas adalah berbeza panjangnya disebabkan paksi bumi yang condong 23 ½ darjah,bukan tegap seperti gasing. Dalil-dalil tentang kejadian matahari dan orbit seperti yang dinyatakan diatas adalah terbukti bahawa Allah S.W.T Maha Besar lagi Maha Berkuasa.Ia juga terbukti bahawa matahari dan orbit mempunyai pencipta iaitu Allah sebagai penciptanya.Ia bukannya terjadi dengan sendirinya. Dengan melihat atau menyaksikan keindahan dan kesempurnaan berbagai-bagai kejadian alam ini,kita akan menginsafi tentang kekuasaan dan kebijaksanaan Allah S.W.T.





4.0 LAMPIRAN





 CONTOH DALIL


MATAHARI DAN BUMI DI ORBITNYA


 MATAHARI


 BUMI










5.0 RUJUKAN


BLOG

1) http://hasnanadip.blogspot.my/2015/10/matahari-dan-penjelasanya-dalam-al.html
2) https://konsultasisyariah.com/23801-asal-penciptaan-langit-dan-bumi-menurut-al-quran.html
3) https://id.wikipedia.org/wiki/Matahari



YOUTUBE

1) https://www.youtube.com/watch?v=t2bHS6WdPoQ#



BUKU

1) Sains Dan Teknologi Kejuruteraan Dalam Islam 
Penerbit : OXFORD FAJAR
Pengarang : Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Azman Ab Rahman
ISBN 13 : 978934714092
Tarikh Terbit : May 2015





4 comments:

  1. Aku beriman dengan Allah Dan Rasulnya

    ReplyDelete
  2. WILLIAM HILL, SONAN ONLINE DEPOSIT POKER【WG98.VIP】
    The 1XBET online casino gambling software, poker and bingo ミスティーノ game is a to william hill have this special card at the table for all your online games.

    ReplyDelete
  3. Jardin Casino 22Bet Sign In For Sale
    Jardin is a gambling site that offers a virtual show to get air jordan 18 retro sports betting experience as a way to enjoy a virtual sports betting where to get air jordan 18 retro red experience how to find air jordan 18 retro varsity red as air jordan 18 retro red suede clearance a member jordan 18 white royal blue from my site of the

    ReplyDelete
  4. Casino Web, the most trusted, honest and honest source of casino web
    Casino web casino web free w88 download with replica air jordan 18 shoes On sale no registration 토토 사이트 necessary. This site is air jordan 21 retro clearance free for all players that love playing casino games. best jordan 14 retro

    ReplyDelete